Tuesday 18 June 2013

Student life

RINDU sangat2 zaman belajar...serius bila dah kerja apa yang paling best sebenarnya adalah jadi seorang student..banyak mana pun assignment, lab work, lab report, aktiviti..still ada masa nak entertain diri sendiri and hang out dengan kawan2.


Aku dulu bukan budak pandai, sekolah dekat dengan rumah. tapi serius banyak memori kot start sekolah tadika..tadika kemas je aku attend..tadika tu kecik je bawah surau kat kampung..sekolah rendah pulak aku sekolah dekat SK Seri Utama..masa ni tak kenal dunia lagi..ahaha..then masuk sekolah menengah; SMK Seri Bedena..a lot of memories yang mengajar aku erti persahabatan..kat sekolah ni lah aku mula develop social skill aku..dari seorang tak reti nak bercakap..mula pandai la make friends..tapi aku sedih tinggalkan sekolah ni..lepas PMR aku dapat tawaran masuk yayasan selangor..aku ditempatkan kat sekolah perempuan; Methodist Girl School Klang ..boleh bayangkan tak? aku ni dah la orang kampung tetiba masuk sekolah bandar yang student melayu dalam 10% je..banyak chinese and indian..mula2 nak adapt macam budak kecik je rasa..honestly aku mula2 down datang sekolah ni..mana taknya, kat sekolah ni aku kena compete dengan budak2 pandai..nak berkomunikasi pun 50% kehidupan seharian kat sekolah tu kena speaking..kena pulak aku ni bab2 speaking english ni broken tak ingat...ahahah..siap petang2 kat hostel call mak nanges sebab tak boleh bawa diri kat sekolah baru. but from here i learned to be a better student. :)

Dan...lepas je SPM aku sambung belajar diploma dekat UiTM..after that Degree kat UiTM Puncak Alam..nampak tak? UiTM  memang dihatiku..ahaha..di universiti ni lah aku belajar untuk jadi apa aku yang sekarang.. :)  Miss my student life :')

Bismillahhirrohmannirrohim...

Nah..rasa dah dekat 3 bulan aku buka blog ni..tapi sekarang baru nak start menulis..sebenarnya banyak benda nak tulis tapi tahap kemalasan melebihi keinginan nak menulis tu..setiap perkara nak buat mesti ada niat kan..macam aku jugak..buat blog ni sebab nak cerita dan share pengalaman, info dan sewaktu dengannya yang tak seberapa tapi mungkin boleh bagi manfaat kat siapa2 yang baca..yang baik ambil, yang buruk tak payah ambil ok ;)

Tuesday 9 April 2013

menulis.

Assalammualaikum...

Ah, budget je aku buat blog ni..walhal sebelum ni dah ada blog pi delete..tapi lately macam terpanggil2 pulak nak menulis...gatal tangan maybe..lols. ok la, esok2 la kalau rajin aku tulis ape yang patut. Bye.